BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3063)
Sunday 27 September 2015
Cara-cara bagaimana guru berupaya mewujudkan komunikasi berkesan dalam bilik darjah.
Komunikasi bermaksud berhubung di antara satu sama lain yang melibatkan pihak yang berkomunikasi, ruang, jarak dan medium yang digunakan. Dalam konteks bilik darjah, komunikasi berlaku di antara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan sumber (BBM yang bersifat interaktif).
Komunikasi yang berkesan dapat memastikan suatu sesi Pengajaran dan pebelajaran yang efektif, aktif,menyeronokkan, dan mencapai hasil pembelajaran. Perancangan P&P yang baik patut disampaikan dan dilaksanakan melalui kamahiran komunikasi yang baik. Komunikasi yang berkesan bermaksud mesej yang disampaikan adalah jelas, tepat dan difahami oleh si penyampai dan si penerima.
Guru mestilah mempunyai kemahiran komunikasi terutama melibatkan murid yang pelbagai latar belakang. Guru penting mengetahui latar belakang murid agar mudah menyesuaikan laras bahasa dan isu yang akan dikemukakan. Dengan pengetahuan tersebut, isu sensitive dapt dielakkan. Guru juga tahu tentang kebolehan dan penguasaan bahasa muridnya. Di pihak guru pula perlulah menggunakan bahasa yang mudah difahami murid. Arahan guru mestilah jelas, tepat, padat dan ringkas
Guru perlu bersikap dan berfikiran positif. Lihat kepada persamaan murid. Anggap perbezaan sebagai kelebihan. Hindarkan sikap pilih kasih atau diskriminasi. Sebaliknya bersikap demokratik dan melayan sama rata. Beri motivasi dan pujian serta rangsangan kepada murid. Pembelajaran akan jadi lebih seronok.
Guru juga bersikap ramah, mesra dan beremosi stabil. Tunjukkan air muka yang manis, tersenyum dan berkeyakinan. Ini akan menjadikan murid yakin, selesa, berani dan bermotivasi untuk memberi respon.
Hormatilah pandangan dan idea yang murid berikan. Jangan cepat menyangkal. Bagi sesi soal jawab, jawapan murid yang kurang baik boleh dikembangkan dengan menanya soalan kepada murid lain pula. Bagi jawapan yang baik, berikan pujian.
Guru perlu menjadi pendengar yang aktif apabila murid memberikan pandangan. Berikan dorongan minima seperti “ooh”, hmmm, ‘ ya, teruskan’, mengangguk, memek muka yang penuh minat dan gerakan tangan yang ringkas (gesture). Ini akan menggalakkan murid terus bercerita atau menjawab soalan.
Berikan jeda (pause) di antara 3-5 saat sebaik sahaja habis bertanya supaya murid mempunyai masa untuk berfikir dan menyusun idea. Jangan mendesak atau segera mahukan jawapan. Kajian menunjukkan bahawa sedikit masa senyap yang diberi selepas bertanya soalan akan menghasilkan jawapan yang lebih tepat, lebih banyak, lebih panjang dan lebih komunikatif.
Seterusnya untuk meningkatkan lagi komunikasi efektif segala masalah atau halangan komunikasi mestilah dielakkan sama sekali. Misalnya suara yang kurang jelas, kedudukan penutur terlindung di sebalik objek, bunyi bising, guru melabel murid dengan gelaran negative, guru mengkritik, autokratik atau mengeksploitasi perbincangan, memek muka yang serius ataubersifat mengancam.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO –BUDAYA
IMPLIKASI
KEPELBAGAIAN SOSIO –BUDAYA TERHADAP PENGAJARAN BILIK DARJAH
Malaysia merupakan
sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian
budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain.
Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang
kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian,
moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh
seseorang sebagai anggota masyarakat.
Kewujudan pelbagai kaum
di Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosio
budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kepelbagaian
membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya pula ditakrifkan
sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi cara hidup, adat
istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosio-budaya boleh
didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya dalam
wilayah yang sama dan hidup bersama.
Sebelum membincangkan lebih
lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya, terlebih dahulu dihuraikan maksud
budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio-budaya? Menurut
ensiklopedia bebas budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah,
yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti
atau akal) secara amnya membincangkan hal – hal berkaitan budi dan akal
manusia.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengurusan bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengurusan bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah.
Menurut analisis, Implikasi
kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengajaran bilik darja bergantung pada guru
yang mengendalikan sesuatu bilik darjah.. Malaysia
menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu
cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik.
Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis
mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru,
ia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga
dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza.
Kepelbagaian sosio-budaya di dalam kelas ini
memerlukan guru untuk bijak dalam merancang perjalanan kelasnya. Guru perlu
berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek
perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin
kemajuan pelajar secara optimum. Antara aspek yang perlu diberi perhatian seperti
objektif pembelajaran, keadaan bilik darjah dan tahap kecerdasan murid.
Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang
sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid. Di dalam aktiviti yang
dirancang itu mestilah diselitkan dengan nilai-nilai murni dan unsur-unsur
perpaduan. Murid boleh diberi peluang untuk melibatkan diri di dalam setiap
aktiviti yang dijalankan agar mereka dapat menjadi sebahagian daripada proses
pembelajaran. Aktiviti yang melibatkan
interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat
menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar
belakang sosial dan kecerdasan individu.
Bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang rasmi
iaitu Bahasa Melayu dan bebas daripada sebarang dialek. Hal ini kerana bahasa
yang standard membolehkan semua murid memahami apa yang dituturkan oleh guru.
Secara tidak langsung, mereka dapat berinteraksi dengan guru dan mengambil
bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu,
topik-topik yang dibincangkan mesti bebas daripada menyentuh sebarang isu-isu
sensitif. Guru perlu peka dengan nilai dan kepercayaan murid. Setiap
kepercayaan dan nilai perlu diterima seadanya. Tumpuan juga perlu diberikan
kepada murid yang lemah. Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran boleh
diaplikasikan oleh guru agar masalah perbezaan kecerdasan ini dapat diatasi
beransur-ansur
Kemahiran komunikasi sangat penting dalam
mewujudkan perpaduan. Komunikasi yang berkesan dapat merapatkan jurang di
antara kaum. Komunikasi yang berkesan boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara
seperti cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan dan sebagainya. Guru
yang menggunakan kemahiran ini berupaya untuk membentuk suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Selain itu, pembentukan nilai-nilai
murni dapat dilakukan dengan mudah melalui komunikasi kerana guru boleh
menerangkan mengenai nilai-nilai murni ini secara lisan dan lebih difahami oleh
murid.
Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Guru mesti mengunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi yang berkesan. Guru hendaklah membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya seperti menyiapkan kerja sekolah, mendapat keputusan yang baik dan sebagainya.
Dalam berkomunikasi, guru serta murid harus
mengamalkan penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu. Penggunaan dialek
mengikut kaum hendaklah dielakkan. Selain itu, penggunaan laras bahasa yang
tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai. Aktiviti yang bercorak kearah
peningkatan bahasa juga perlu disertai supaya tahap penguasaan murid sentiasa
bertambah. Murid juga digalakkan untuk berinteraksi dan berhubung denga mereka
yang berlainan jantina. Hal ini supaya mereka mendapat kesedaran mengenai
batas-batas perhubungan dalam interaksi berlainan jantina.
Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap rofessional. Guru tidak
harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka
sahaja..Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam
satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.
Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan
kelas rofes murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka
dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran
ditunjukkan. Guru Hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana
akan menyebabkan hubungan antara guru dan murid menjadi renggang dan hilang
minat untuk meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti
pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam
mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak
berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini
suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.
Guru perlu berusaha untuk
membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka .
Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar
untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang
lemah melalui penganjuran kem motivasi dan sebagainya.
Guru mesti membiasakan diri rofes
awal kekelas dan mempunyai amalan sentiasa menepati masa. Guru harus
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap
pencapaian murid. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti yang
meransang minda.Kata-kata motivasi dan penuh senyuman, jenaka dan pujian supaya
suasana sentiasa ceria di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran.
Guru perlu menghormati dan
bersikap adil kepada semua murid. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan
oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti
pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan
api perkauman dikalangan murid.
Guru tidak harus menyentuh atau
mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan
dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan berkaitan agama murid
yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti
pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti
murid.
Aspek bahasa harus diberi
pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai
kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi
kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat
daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang
standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.
Guru perlu mencatatkan kemajuan
dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan
mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan
bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan
pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai
penambahbaikan. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya
kreativiti serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh
pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai
pemantauan yang terpaksa dijalankan.
Guru yang berwibawa sentiasa
memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang
menjadi focus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil
kerja atau objektif kerja untuk jangka pendek dan jangka panjang. Kerja
yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapainya, boleh dicapai,
realistic dan bijak dalam pengurusan masa.
Demi memastikan objektif
tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Ini
bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas,
kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, guru
juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir. Kemahiran mengaplikasi
peralatan yang terkini seperti computer, kecekapan menjalankan tugasan yang
diamanahkan disamping memiliki wawasan yang jelas.
Subscribe to:
Posts (Atom)